Sehari dua ni semua manusia muka bumi Malaysia sibuk menelaah subjek anjing. Sudut perbualan luas tapi seperti biasa manusia itu fitrahnya beragama dan berTuhan maka sudut agama paling hangat, paling banyak, paling sembang.
Kisahnya bermula dengan sebuah program bertajuk dalam bahasa penjajah yg aku terjemahkan sebagai " sentuh anjing". Lalu di hari sama dan beberapa hari seterusnya manusia Malaysia bersikap lebih anjing dari anjing.
Terus terang aku bengong sebab di pagi kisah anjing, ada kisah manusia mengawan dari DAP. Bukankah fitrah manusia selain dari berTuhan adalah minat pada hal-hal mengawan. Tapi bila datang anjing, terus hilang kosentrasi pada kisah mengawan awek DAP yang aku pernah katakan pada kawanku bahawa beliau seperti mahu menjadi simbol sex "pakatan rakyat" sewaktu kempen PRK di sebuah teluk yang kini hilang keintanannya.
Dan aku menunggu esok untuk wujudnya suatu kisah baru untuk umat manusia ini bincangkan dengan lebih hangat dan mula lupa semalam ada anjing yang mereka maki.
Sebelum tidur, tergiang-giang puisi dari filem ada apa dengan cinta
"Aku susah tidur…
Orang ngomong…
Anjing gonggong…
Dunia jauh mengabur…."
Selamat malam anjing-anjing semua