Monday, 24 November 2014

Mahasiswa Sampah

"Kebebasan Akademik!"


Entah berapa ramai mahasiswa yang faham apa itu kebebasan akademik. Setiap semester aku melihat kawan, lawan mahupun politikus menyebutnya. Nak lagi bila tiba musim pilihanraya kampus, kalimah. Dah macam istilah "HUDUD".  

Pergi la ke kampus-kampus, tengok apa sambutan mahasiswa pada dialog, pada forum, pada program ilmu. Kosong aku boleh bagi kecuali yang bertajuk "politik". Kadang-kadang kita ini nak kebebasan berpolitik sahaja atau kebebasan akademik?

Aku tak nak kata politik salah sebab aku pon minat politik. Cuma aku kecewa bila tengok kawan-kawan yang bergema sembang politiknya boleh "krik krik" bila ada sesuatu yang bersifat akademik tapi non-politik. Lepas itu dok sembang soal kebebasan akademik.

Ini baru sikit, tak cerita lagi soal malas pergi kelas. Soal tiru esaimen orang lain. Soal bangun lambat.