Setahun ini aku makin perlahan dalam soal politik. Salah satu faktornya adalah disebabkan rasa ralat dengan suasana semasa. Budaya label-melabel, ego menunjukkan mana lebih jantan hingga lupa fokus asal datangnya Islam iaitu untuk memakmurkan penghuni alam ini.
Seminggu lalu, aku sendiri bermasalah dengan masalah hati dan beberapa hari lepas majoriti pandangan mata penyokong dan penyokong parti islam semalaysia terpana dengan silau kekecewaan. Kecewa dengan keputusan muktamad yang sememangnya sudah dijangka.
Sejujurnya keputusan itu tidaklah membawa apa erti tapi kejadian sebelum, sewaktu dan selepas pemilihan muktamar PAS yang membuatkan rata-rata hati penyokong pakatan khususnya dari PAS retak dan pecah. Kejadian label, fitnah dan maki hamun terhadap golongan progresif merupakan suatu yang sangat ralat bagi sebuah parti Islam. Akhlak dan tutur budi Islam punah dalam masa yang seketika. Wajah PAS yang terbina sekian lama hancur dalam waktu seketika.
Tambah parah bila dewan ulama mengusulkan untuk menghentikan hubungan dengan parti komponen PR iaitu DAP. Ucapan Mat Sabu waktu penggulunggan aku kira walaupun bernada kecewa bukannya kecewa kerana kalah. Tapi kecewa dengan sikap rakan seperjuangan yang sanggup menikam belakang demi sebuah jawatan. Luka yang tersedia berdarah diperah pula dengan limau garam apabila usul dewan ulama diterima tanpa bahas. Segala usaha yang dibina sekian masa dalam menghubungkan segala parti pembangkang tanpa mengira kaum dan agama bagi melawan kejahatan umno musnah. Detik penyatuan yang kita alirkan air mata gembira beberapa tahun lepas mula berubah menjadi kenangan pahit untuk diingati.
Dihadapan kita rakyat dijamu bermacam jenis kebobrokan dan kejahatan politik pemerintah. Tak usah dibilang berapa, cukuplah sekadar menyebut barang satu dua seperti kes 1mdb dan bermacam lagi. Kegilaan demi kegilaan yang berlaku tenggelam dalam asyik pergaduhan perebutan jawatan dalam parti. Rakyat dibawah gelisah memikirkan isi perut hari esok, tapi dewa-dewi di atas pentas muktamar masih sibuk mencakar rakan sebelah.
dan hari esoknya...
No comments:
Post a Comment