Huhuhhu...
Hari ini aku beli ikan. Niat mahu bermanja, aku menyuruhnya memasak. Tiada niat selain itu. Katanya tidak pandai. Aku memberi idea dengan siapa dia boleh belajar.
Dan....
Ideaku difahami sebagai sebuah hinaan. Terkesima juga. Mengenang masa-masa lalu, aku jadi makin sunyi. Kasih dah sayang kadang-kadang menjadi marah-marah tak ketahuan. Mungkin itu definisi sayang di akhir zaman.
Kebahagiaan bukan lagi sesuatu yang indah. Ianya cuma rajuk dan pujuk yang tak pernah berhenti dan mengira masa. Lebih bahagia apabila sebelah pihak kekal berwatak rajuk dan sebelah pihak berwatak pujuk. Mungkin inilah kebahagian. Tapi entah apa pula definisi lapis tertinggi bagi kebahagian. Mati barangkali. Kemudian menyesal dengan luka-luka sang pemujuk yang sudah tiada lagi.
Hahaha....patutlah mati itu membahagiakan bagi setengah manusia. Pada niat, aku tertanya-tanya...
4.18 p.m
9 May 2019
Nauran..
No comments:
Post a Comment