Dah lama aku hidup dengan keadaan gelak dan gembira, tapi pagi tadi ada manik kaca di kolam mata aku. Semuanya bermula apabila ada yang berbual soal lebah di stor sukan. Bagi aku, juga bagi keluarga aku, lebah sangat memberi kesan kepada kami. Dah 5 tahun berlalu, dan setiap detik, setiap peristiwa juga setiap apa yang dilalui aku masih ingat satu persatu.
Kata orang....
“Sometimes the best memories are sad, because you know they will never happen again.”
Dan ada banyak memori yang menjadi bayang kepada hidup aku selepas 30/10/2010. Semoga kau digolongkan dalam kalangan penghuni syurga Ayah.
No comments:
Post a Comment