Tadi atas motor, waktu dalam gelap dan di langit pancaran kilat sesekali bercahaya. Gugusan bintang tiada malam ini. Barangkali hujan mahu turun.
Aku baca puisi yang terlintas dalam fikiran. Melaung - laung seorang diri. Tapi aku hampir lupa kesemua perkataan yang aku sebut melainkan satu rangkap
"setelah kau rampas segala hak kami,
Kau paksa pula kami taat dan patuh padamu,
Tiada upaya kami melawan
Sesudah itu kau hilangkan akal kami,
Kata kau bukan tugas kami memberi pendapat
Lalu kau suruh kami mengaku 'tuan, kau itu tuhan',
Dalam samar-samar kau melompat dan kami melihat
Oh.. Rupanya kau itu yang berhormat "
No comments:
Post a Comment