Tarawih ini membawa maksud berehat-rehat. Perkara ni disebut oleh imam kampung saya beberapa tahun dahulu. Dipesannya jangan tergesa-gesa mengejar yang banyak sedangkan kualiti tiada. Malam besoknya dia aplikasikan maksud tarawih itu sepenuhnya. Setiap selang antara dua rakaat, ada tazkirah. Selang empat rakaat ada rehat separuh masa. Masa itu siap ada yang ke kedai membeli rokok dan air. Malam tersebut tarawih yang cuma 8 rakaat berakhir jam 12. Masa balik, semua tersenyum-senyum. Sekadar berkongsi kenangan sempena Ramadhan.
Esoknya, aku cari masjid lain.
1 Ramadhan 2016
Jam 10.05 malam
No comments:
Post a Comment