Semalam aku salah seorang dari mereka-mereka yang merempuh pagar UM. Semalam jugalah aku dimaki caci. Bodoh! Tidak sedar untung! Memalukan Universiti!
Semalam juga mencatat sejarah kembalinya Anwar Ibrahim ke UM. Tapi bukan itu yang utamanya. Bukan kembalinya Anwar yang perlu kita ceritakan, bukan pecahnya pagar yang harus kita banggakan. Cacatan terbaik semalam adalah apabila keberanian, kesungguhan dan kesatuan anak mahasiswa semua bangsa meluahkan apa yang terbuku di hati minda mereka selama ini. Saat pintu pagar dipecah masuk, saat itu juga roboh ketakutan yang selama ini memasung jiwa-jiwa mahasiswa sejak dipenjarakan bermula 1974.
Aura kesatuan rakyat mula naik kembali bila Anwar dijangka ke penjara. Tapi cukupkah aura itu untuk bangkitkan jiwa seluruh rakyat malaysia? Jika seorang Anwar sudah sebegini, bagaimana pula jika kesemua pimpinan pembangkang ditangkap dan dipenjara dalam masa terdekat ini ? Adakah rakyat akan bangkit namun kembali lemau sebagaimana beberapa tahun selepas 1998?
Melihat kepada sejarah lalu, setiap kali ada kezaliman pasti ada rakyat yang bangun melawan. Namun sejarah semalam juga mencatatkan kebangkitan itu walau sebesar mana sekalipun pasti akan kendur sebelum sampai kepada matlamat tertingginya. Oleh itu kita perlukan sesuatu yang lebih besar dari sekadar isu subsidi, korupsi dan pelbagai lagi untuk bangkitkan dan lestarikan momentum itu. Jadi apa "sesuatu " itu?
Melihat pada sentimen 1998 dan pengulangan sentimen 1998 dalam kempen #RakyatHakimNegara serta Solidariti penyokong PAS terhadap Presidennya dalam kes saman, kita harus percaya bahawa rakyat kita sangat tawaduk dan taat pada parti walau mulut kata benci.
P/s-nasib baik aku takda keahlian mana-mana parti. walaweeeeehh!

No comments:
Post a Comment