Setelah beberapa ketika, aku masih belum berani. Seperti biasa, diam dan merenung dari jauh.
Senyumannya. Ketawanya. Redup matanya. Semua itu seakan racun bisa, menikam setiap saraf yang ada. Mematikan akal dari memikirkan soal dunia.
Buat si comel, aku belum berani menulis Yes. Cukuplah secawan kopi peneman saat memikirkan mu. Menuruti semua hajat mu. Dan terus mencabar kau agar aku boleh lihat keegoan dan kebencian dari dalam mata mu kerana di situlah punca perasaan aku bermula.
Aku binatang sepi,
Terpinggir dalam longkang lelaki
Dari hati mu yang dipahat dari bingkai permata...
Semalam malam manisku.
No comments:
Post a Comment