Esok 16 Mei 2015, malam ini aku lepak di kedai kebiasaan ku, kedai lampu.
Di Citra menyajikan filem mengenai pengorbanan seorang guru wanita Thailand yang mengajar seorang diri di pedalaman yang jaraknya 6jam menaiki perahu. Puncanya kerana melawan pengetua yang skema. Beliau percaya pendidikan tak mengenal batas sempadan kawasan, masa, tenaga, emosi, keluarga dan cinta.
Dengan sekolah daif, tiada bekalan letrik melainkan bateri yang dicas dengan jenerator, air dari tasik dan beberapa orang murid kampung.
Minggu pertama dengan pelbagai masalah. Antaranya kisah mayat hanyut ke sekolah botnya, rakan yang meneman pulang dan beliau tinggal seorang diri meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Namun mengajar tetap mengajar. Jiwa pendidik tertanam kukuh dalam diri.
Dan aku, bermimpi dihanyutkan ke tempat seperti itu. Lari dari dunia dan mencorakkan pendidikan dengan cara sendiri, tanpa birokrasi, tanpa halangan dan tanpa batas peraturan pelajaran yang mengongkong guru serta pelajar untuk bersikap kreatif dan kritis dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Terima kasih guru ku yang terdahulu. Kini dan selamanya aku murid mu. Dari aku, murid mu yang seberapa ketika lagi bakal menjadi pendidik. Penerus legasi kamu sebagai para penyampai wahyu Tuhan, mendidik umat ke arah kesedaran. Didik tetap didik, berpaling arah tidak sekali.
Selamat hari guru cikgu!
No comments:
Post a Comment